Polaris

Dibina atas kekecewaan. Direka untuk kecekapan.

Polaris dicipta untuk selesaikan kesesakan operasi yang kami alami sendiri di lapangan.

01

Kisah Kami

Saya mula terfikir untuk mencipta Polaris pada penghujung 2025 kerana saya keletihan dengan cara perkhidmatan pelanggan biasa berfungsi. Pekerja cepat burn out kerana terpaksa jawab soalan yang sama setiap hari. Satu hari saya terfikir, "Kenapa ah? Kenapa kita tak betulkan je cara semua ni berfungsi?"

Saya juga perasan bahawa syarikat teknologi lain cuba jual perisian 'Buat Sendiri' yang rumit. Tapi pemilik perniagaan tak ada masa nak belajar bina chatbot. Mereka hanya mahu masalah diselesaikan. Jadi saya bina satu perkhidmatan di mana kami uruskan semua kerja keras. Anda hanya berikan kami maklumat perniagaan anda, dan kami bina assistant pintar yang menjawab pelanggan anda dengan sempurna.

02

Misi Kami

Kami mahu jimatkan masa dan wang perniagaan Malaysia. Kami bina sistem balas automatik untuk anda, supaya anda boleh berhenti risau tentang mesej WhatsApp yang terlepas dan tumpukan sepenuhnya pada menjalankan perniagaan anda.

03

Apa Yang Kami Percayai

Utamakan Tempatan

Dibina di Malaysia, untuk perniagaan Malaysia. Kami faham cara sesuatu berfungsi di sini, dan pelayan kami berdekatan supaya mesej anda dihantar dengan sangat pantas.

Privasi Penuh

Maklumat perniagaan anda dan perbualan pelanggan anda dilindungi dengan selamat. Kami tidak ambil risiko dengan privasi anda.

Siap Dibuat Untuk Anda

Kami tidak hulurkan skrin kosong dan harapkan anda bina perisian sendiri. Kami yang buat kerja berat dan berikan anda produk premium, siap guna yang berfungsi dari hari pertama.

04

Pasukan Kami

TJ
Tan Hsaw Jiun
Pengasas & Jurutera Utama

Saya beri perhatian yang sangat teliti terhadap butiran (mungkin autistik dalam cara yang baik). Saya bina Polaris untuk hentikan perniagaan tempatan daripada buang masa menaip balasan manual, dan selamatkan pemilik daripada sakit kepala cuba faham teknologi yang rumit.

05

Pencapaian

Akhir Mac 2026
Idea lahir

Kami penat tengok perniagaan Malaysia hilang jualan sebab balas lambat, jadi kami mula bina penyelesaiannya.

Awal April 2026
Pengesahan Meta Business

Kami dah mohon pengesahan Meta Business untuk WhatsApp, Instagram, dan Messenger.

April 2026
Bina produk teras

Asas dah jalan: AI jawab dari dokumen anda sendiri, semua sembang masuk satu peti masuk, dan ia serahkan perbualan kepada orang sebenar bila perlu.

Mei 2026
Tambah tempahan temujanji

Pelanggan boleh tempah slot dari pautan dalam sembang. Kalau anda ada lebih satu cawangan, ia pergi ke yang betul.

Akhir Mei 2026
Pengesahan perniagaan

Lulus pengesahan perniagaan dengan Meta untuk WhatsApp, Instagram, dan Messenger.

Pertengahan Jun 2026
Sedang Berjalan
Kelulusan penyedia teknologi

Menunggu kelulusan akhir penyedia teknologi, langkah terakhir sebelum kami boleh sambung WhatsApp, Instagram, dan Messenger untuk pelanggan sebenar.

Jun 2026
Akan datang
Terima pendaftaran pertama

Perniagaan sudah pun mendaftar. Kami pasang mereka sebaik kelulusan penyedia teknologi kami sampai.

Butiran Syarikat

Nama Sah
Polaris Technologies
Pendaftaran SSM
202603066744 (AS0511535-P)
Ibu Pejabat
Cheras, Selangor, Malaysia
Saiz Pasukan
Kecil tapi hebat